____________________________________
~~Selamat Datanng ke Coretan Azder~~
____________________________________
11.12.13.14.15
9690

kata si leija

Love isn't here or there, it isn't happy, sad, good or bad. Love is just Love.
Promise Less, Perform more




Monday 27 June 2011

Rahsia Perindu


Novel ni nak kata baru habis baca xde la sangat, sbb hampir 3 bulan dah abis baca~~
Sinopsis : RAHSIA PERINDU
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga.

Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-184-3

komen:
pertama kalinya aq fikirkan pembunuh itu lelalki, tapi rupanya bukan,memang penuh dengan adegan suspen. Pembaca perlulah mempunyai ingatan yang kuat dan pandai mengaitkan situasi yang ada dalam. kadang kala kita terpernagkap dengan fantasi. sukar bagi kita membezakan antara realiti dan fantasi. beli dan bacalah, novel ini akan memberi anda pengalaman baru!!
Jika berminat

4 comments:

  1. wah dah aabes dah ? tahniah .. aku dah abes dah novel ni n mmg setuju pasal ingatan kuat tuh .. mmg semua novel dia style macam itu ..

    tapi bagi aku, novel ni yang paling aku tak suka daripada RAM .. try cari sambungan cerita laksamana sunan .. serius bes .. dah ada 5 novel dah

    ReplyDelete
  2. ok nti aq baca~~ 1 dari senarai tu pon aq x baca lagi~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

©Hak Cipta Terpelihara 2010 - 2015 Coretan Azder
PENAFIAN: Coretan Azder tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
leijazder.blogspot.com