____________________________________
~~Selamat Datanng ke Coretan Azder~~
____________________________________
11.12.13.14.15
9690

kata si leija

Love isn't here or there, it isn't happy, sad, good or bad. Love is just Love.
Promise Less, Perform more




Thursday 19 January 2012

6 teka teki Imam Al-Ghazali




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama
Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka
Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalahMEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah
Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalahLIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Jika berminat

Tuesday 10 January 2012

hei kamu

hei kamu,
dengar sini, aq mmg bahagia bila bersama kamu, hati saya senang bila lihat kamu bahgia tanpa terasa apa2 cemburu terhadap kamu. so aq hanya suka kat kamu bukan cinta kat kamu.. kalau nak tahu sebab apa klik sini nanti kamu tahu la kenapa,

Jika berminat

Sunday 8 January 2012

suka atau cinta

Suka dan cinta membawa maksud yang berbeza. kat bawah ni ada cara nak tahu sama ada kita suka atau cinta pada seseorang tu









Jika berminat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

©Hak Cipta Terpelihara 2010 - 2015 Coretan Azder
PENAFIAN: Coretan Azder tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
leijazder.blogspot.com