____________________________________
~~Selamat Datanng ke Coretan Azder~~
____________________________________
11.12.13.14.15
9690

kata si leija

Love isn't here or there, it isn't happy, sad, good or bad. Love is just Love.
Promise Less, Perform more




Monday 31 December 2012

2012 --> 2013


Dear 2012,

banyak perkara yang berlaku pada tahun 2012, 2012 bukan sekadar nombor tetapi tahun yang banyak mengajar aq erti kehidupan. pada 2012 juga membuat jiwaku semakin matang dan memikirkan masa hadapan. sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku pada tahun 2012 walaupun agak hambar pada permulaannya. almaklumlah, perlu memikirkan adakah azam-azam aku tahun yang lalu sudah dilaksanakan? semestinya tidak. itulah yang membuat jiwaku semakin gelisah lagi2 azam yang paling mudah untuk tahun 2011 tidak dapat dilaksanakan. itu semua berpunca dari diriku sendiri. oleh itu perlulah aku bangkit dari lena yang aku bai sendiri. Misi untuk melaksanakan sedikit cebisan azam 2011 aku teruskan. alhamdulillah aku hampir untuk menunaikannya. itu pentingnya azam tahunan. Jangan asik menambah azam tahunan, tetapi azam tahun yang lepas masih lagi tergapai-gapai. tahun 2012 juga banyak memberiku kenalan yang baru, ini membuatkanku perlu lebih mesra dari sebelum-sebelum ini yang aku dapati aku kurang berkawan. Almaklumlah aku ni jenis susah nak ingat nama orang. pada tahun 2012 juga aku banyak belajar untuk mengenali watak dan perwatakan orang lain. Aku suka melihat karenah orang disekliling dan ini mampu membuatkan aku tersenyum. ini semua berlaku disebabkan aku berkenalan dengan ramai orang.

sedikit coretan dari Azder sepanjang 2012

 Januari 
satu bulan yang cantik. seperti biasa, januari kali ini mampu membuatkan aku tertekan.ini semua disebabkan perubahan pada kalender akademik universiti. kalau dulu final examnya bulan 11, tapi kini diganjakkn ke bulan 1. baru sahaja mahu berseronok menyambut tahun baru. tapi tahun baru digantikan dengan malam ulangkaji bersama kawan-kawan di kafe lembaran, mulanya aku berfikir tiada keseronokannya, tetapi pada saat aku menaip ini, tersenyum aku dibuatnya apabila terkenang kembali saat-saat itu. selepas habis peperiksaan, aku pun pulang ke kampung halaman

Februari
berehat-rehat di rumah.

Mac & April
mulai sibuk dengan pembelajaran

Mei
bulan ini antara bulan yang istimewa pada tahun 2012. pada bulan ini jugalah aku dangan beraninya pulang kerumah 2 kali walau pun pada waktu ketika itu kami tengah sibuk dengan projek Steel & Timber. Family come first. pada bulan ini jugalah aku dapat berjumpa dengan orang besar. bulan ini juga bermulanya titk perkenalan kami. bermula di laman social Twitter apabila aku menegurnya, merupakan salah seorang kenalan kawan sekelas aku.

Jun
Sekali kena final exam ketika hari lahir, agak down sedikit, tapi itu tidak mengapa. orang kata itu pengorbanan kita ketika menuntut ilmu. bulan jun jugalah aku kali pertama berjumpa dengan si dia. kali pertama jumpa terus tengok wayang.

Julai-September
Mulai bulan julan aku mula berlatihan industri di JB. memang seronok, sebab dapat berjumpa dengan orang baru. mereka banyak memberiku tunjuk ajar. Dalam perkenalan kami pula, pada September sebelum aku pulang ke universiti, aku berjumpa dengan si dia, aku bawa dia pergi ke JB, ada open house di sana.

Oktober
Biasa-biasa sahaja pada permulaannya. kami semakin mesra, adakalanya merajuk, biasalah baru nak kenal hati budi masing-masing tambahan pula berjauhan, utara- selatan, bak kata orang LDR (Long Distance Relationship) memang menguji kesabaran. Rasa paling istimewa apabila dia datang dari selatan berhujung minggu di utara semata-mata mahu berjumpa dengan aku. Hati aku memang bahagia sebenarnya pada hari dia datanng ke sini. Almaklum LDR bukan selalu berjumpa. selang 2 minggu tu aku perlu pulang ke kampung halaman untuk cuti raya. walaupun tak dapat berjumpa pada cuti berkenaan tersebut kerana ada sedikit salah paham, aku tetap akan bersama dengan dia. Itu sudah pasti.

November
 Cuti lagi, dan  seminggu. apa yang penting dalam seminggu tu memang kerap aku berjumpa dengan adah. Bulan ini jugalah aku dapat berjumpa anak buah aku yang kedua pada majlis cukur jambul. secara tak sengaja aku pulang ke kampung halaman sehari sebelum majlis itu, Itu rezeki. Erum namanya. bila diperhatikan Erum iras abang uda aku itulah yang dipekatakan oleh ibu mertua abanglong aku. Pengalaman paling aku susah untuk lupakan sepanjang seminggu itu ialah aku dan adah tersekat dalam kesesakan lalulintas selama 2 jam di lebuh raya kerana ada lori minyak terbalik. sempat lagi matikan enjin dan berbual di atas lebuh raya. nasib baik hujan renyai ketika itu.. dalam bulan ini jugalah pertama kali aku pergi wedding pada malam hari. terima kasih kak ngah kerna bawa aku. dan tumpangkan aku bermalam di rumah kak. aku tahu kakak penat kerana kak dan suami kak baru pulang dari luar negara~

Disember
5 tahun aku di utara, dan tak pernah sekali pon aku pergi ke Pesta Pulau Pinang. kali ini Adah datang lagi utara. Adah datang untuk teman aku pulang ke kampung halaman. Romantik tak?? haha jangan jeles. pertama kali juga aku bawa kenalan ke rumah aku tanpa ada event apa-apa pon. dan kenalan itu adalah Adah. wau sangat gementar ketika itu. haha. biasanya kalau ada tetamu datang rumah, pasti ada kupu-kupu atau rama-rama dalam rumah, lepas tu mak ayah aku akan cakap ada tetamu nk datang ni. memang pon, sebelum mahu keluar dengan Adah pagi tu memang ada kupu-kupu dalam rumah bebas berterbangan. aku tak pasti sama ada memang betul kalau ada kupu-kupu tu untuk memberi petanda kepada tuan rumah untuk menyambut tetamu yang bakal melawat.

2013
aku harap tahun bukan hanya sekadar nombor ~~
tahun baru mesti ada azam yang baru~~
tapi aku masih kekalkan azam tahun baru yang lepas-lepas iaitu menjadi baik dari sebelum ni~~
sudah semstinya perlu audit sedikit azam yanag lepas supaya lebih releven dengan perkembangan masa kini~~
harap dapat dilaksanakan dengan baik~~
 antara wish-list 2013:-
1) be more better than before.
2) tarikh special 11.12.13 
3) dapat selesaikan degree dengan jayanya.
4)...........




notakaki:redzasayangadah


ikhlas



Jika berminat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

©Hak Cipta Terpelihara 2010 - 2015 Coretan Azder
PENAFIAN: Coretan Azder tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
leijazder.blogspot.com