punah
lunyai
berkecai.
tak dapat aku nak gambarkan apa perasaan aku sekarang.
tak ada badai
tak ada gempa bumi
mahupun tak ada gunung api yang mahu melepaskan isi kandungnya
tidak semena-mena 'berehat seketika' mintanya.
apakah yang harus aku lakukan?
terduduk, terpaku, dan tidak berbuat apa-apa dan mengiyakan permintaan dari insan yang aku sayang
atau aku pertahankan hubungan ini.
aku keliru, sama seperti si peminta.
keliru dengan simpang yang berada di depan mata
jalan keluar untuk menuju kebahagian hati, pilihan hati mungkin.
keliru dengan pilihan yang diberi, madu atau gula, berlian atau jed. atau pun tidak memihak di mana-mana.
semoga berjumpa pilihan yang bisa membahagiakan hati
hati aku, kamu dan dia.
senawang 1309
Jika berminat
No comments:
Post a Comment