____________________________________
~~Selamat Datanng ke Coretan Azder~~
____________________________________
11.12.13.14.15
9690

kata si leija

Love isn't here or there, it isn't happy, sad, good or bad. Love is just Love.
Promise Less, Perform more




Monday, 18 February 2013

atas paras sedar

KRING2, KRING2. telefon yang baru aku beli berbunyi, tangkas aku bangun dari tidur dan mengapai telefonku. Di skrin telefon pintarku memaparkan nama ummi sedang. tangkas aq mengangkatnya dalam keadaan mamai. "assalamualaikum" aq berkata dahulu. " waalaikumussalam reda, redza boleh balik tak weekend ni?" ibu menjawab dan tangkas bertanya kepadaku. " boleh je balik, lagi pon reda dah lama x balik rumah ni, rindu dengan mak, ayah dan adik" tangkas aq menjawab. Kalau tidak silap aku, baru sahaja 2 minggu lepas aku pulang ke kampung halaman. selepas itu mak aq pon berpesan banyak perkara sebelum kami mengakhiri perbulan kami di telefon.

Dengan ada kereta kesayangan, aku pon dengan beraninya untuk pulang ke rumah dengan memandunya hampir 8 jam. Penat, memanglah penat. Tapi penat itu akan terubat apabila dapat berjumpa dengan ahli keluarga. amatlah aku terkejut apabila aku dapat kesemua adik beradik aku ada di rumah sedang menunggu kepulangan ku. Perkara sebegini tidak pernah belaku sebelum ini. Selepas selesai sessi bersalaman, aku pon tangkas mengeluarkan barang yang aku bawa pulang bersama, tak banyak, cuma satu bagasi kecil yang berisi dengan beberapa helai pakaian dan komputer riba kesayanganku.

sedang sibuk bersarapan keesokannya ayah ku berbual dan mengatakan bahawa adik ku akan berkahwin minggu depan, amatlah terkejut aku minggu depan. Mana tidaknya, aku ni pun tidak mendirikan rumahtangga lagi. " dah sampai seruan" laju sahaja aq menjawab, untuk menutup perasaan malu.

selepas selesai majlis resepsi adikku, kesemua ahli keluarga ku pergi ke pejabat peguam untuk pembahagian harta wasiat. aku tidaklah terkejut kerana ibuku sudah bercakap mengenainya dalam perbualan singkat tempoh hari sebelum aku pulang ke kampung halaman. Selepas selasai semuanya, tiada lagi tinggal tanda tanya dan perebutan harta. Harta keluarga kami tidaklah banyak, tapi takut akan berlaku perebutan harta maka ayah dan mak meletakkan kata putus supaya membahaginya dahulu.

Daripada peninggalan Wasiat itu, aku dapat rumah. sebuah rumah yang mana kami pernah membesar sebelum ini. ada juga adik beradik aku yang tidak berpuas hati. aku saudah dapat merasakannya. biasalah kerana harta talian persaudaraan yang sudah lama terikat pun boleh bergolak. aku pon tak tahu untuk mempertahankan diri aku.

ada belaku sedikit pertilingkahan. ya lah, aku ni jenis tak boleh duduk diam. baru sahaja aku meletakan kepala ku untuk merehatka badan setelah sibuk mempertahankan pendapat pendapat aku, tiba tiba telefonku berbunyi, kring2 kring2 telefon bimbitku berbunyi. aku amati telefon bimbit Sony Ericsson Cyber-shot aku lama-lama. agak lama juga aku termenung. eh mana NoteII aku. ceh aku mimpi rupanya. baru aku sedar.



siapa kata kita kadang kala susah untuk ingat setiap inci cerita kita dalam mimpi. memang tidak nafikan kalau mimpi itu mainan tidur. tapi tidak salah kalau kita ambil pengajaran apa yang kita alami dalam alam maya kita ketika kita seronok di buai lena. di sini aq ingin berkongsi sedikit pengalaman yang baru aq alami, segar lagi ni.


p/s: jangan tidur petang Jika berminat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

©Hak Cipta Terpelihara 2010 - 2015 Coretan Azder
PENAFIAN: Coretan Azder tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
leijazder.blogspot.com