____________________________________
~~Selamat Datanng ke Coretan Azder~~
____________________________________
11.12.13.14.15
9690

kata si leija

Love isn't here or there, it isn't happy, sad, good or bad. Love is just Love.
Promise Less, Perform more




Sunday 20 January 2013

kenangan

19 Jan, 
aku berjalan-jalan dengan Adah selepas aku berjumpa dengan ayah Adah di rumah Adah, nak jumpa ayah adah memang betul-betul gementar sampai tersesat dibuatnya. Ini kali pertama aku berjumpa dengan ayah Adah yang juga bakal ayah mertua aku, mula-mula aku agak diam sedikit, tapi bila melihat reaksi ayah Adah, aku memberanikan diri aku, iyelah sampai bila aku hendak berdiam diri, kenalah tampil kehadapan dan paling penting sekali ikhlaskan diri dalam setiap senyuman =] . selepas berbual-bual dan sesi soal jawab, aku dihidangkan dengan sarapan mee dan teh ahmad~ teh ahmad ni memang teh favorite aku ( dekat rumah hari- hari aku minum) kalau x minum rasa lain semacam.

selepas bersarapan di rumah Adah, Adah dan aku pergi ke MidValley Mall, sudah lama aq tidak jejakkan kaki aku ke mall ini, rasa-rasanya kali terakhir ialah 2008, bersama dengan kakak aku. banyak betul perubahan yang berlaku dalam mall ini~ food court berubah, dan paling aku boleh kesan ialah kedudukan Sushi King, dulu dekat atas dan sekarang sudah beroperasi  di bawah . aku paling suka panggung kat mall ni, sebab selesa dan banyak hall, dan paling penting cerita yang sudah lama di panggungkan pun masih ada lagi. tapi Adah dan aku pilih cerita baru, The Last Stand, 4 bintang setengah dari 5 bintang aku berikan dekat cerita ni.

selepas menghantar Adah pulang ke rumahnya, aku bersiar-siar di kawasan perumahan aku. pabila aku bersiar-siar, satu persatu memori keluar dari minda dan mata membayangkan apa yang berlaku ketika aku masih lagi menetap di sana, siapa sangka tasik bekas lombong tapak pergi memancing boleh bertukar menjadi kawasan perumahan. kawasan yang dulunya semak samun dan bergaung boleh dijadikan kawasan komersial, kawasan yang dulunya berbukit-bukit yang kini megah mall terdiri. Jalinan jalan pun tidak kurang hebatnya, dulu tiada jalan bertingkat, sekarang dah ada 3 lapis jalan~ silap masuk boleh sesat, dan paling hebatnya ialah dulu jalannya kecil dan punyai selekoh-sekoh merbahaya dan sekarang jalannya lebar dan lurus. dulu sampai seremban sahaja sekarang dah sampai sungai gadut~ dan semua kenangan 17 tahun di sini tidak mudah untuk aku lupakan kerna di sinilah bermula semua yang aku miliki sekarang dan keadaan aku sekarang, 
Jika berminat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

©Hak Cipta Terpelihara 2010 - 2015 Coretan Azder
PENAFIAN: Coretan Azder tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
leijazder.blogspot.com