____________________________________
~~Selamat Datanng ke Coretan Azder~~
____________________________________
11.12.13.14.15
9690

kata si leija

Love isn't here or there, it isn't happy, sad, good or bad. Love is just Love.
Promise Less, Perform more




Tuesday, 23 November 2010

Santai-santai

semalam time aq tengah makan malam aq terdengar lagu.... memang best...
kalau tak silap aq tajuk lagu ni kalau berpacaran, nyanyian Sohaimi Mior Hassan, Anna Raffali dan Altimet. 

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

p/s; harap-harap lagu ni boleh memberi impak yang positif
       banyak nilai-nilai baik yang boleh kita semua ambil
Jika berminat

Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar??

bercakap pasal tunang.... apa yang kalian fikirkan?? tunang adalah tempoh pengenalan kita bersama insan yang bakal kita bersama hingga ke akhir hayat kita hendaknya.
Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tiada ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawa rombongan 1 bas, bawa barang-barang pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tiade. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tidak baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah kalian ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe

p/s: berfikir sebelum bertindak....
Jika berminat

Sunday, 21 November 2010

exam....

exam...exam....exam....
apa itu exam? exam adalah penilaian tahap pelajaran kita.penilaian ini penting untuk mengetahui kefahaman kita dalam pelajaran. bak kata orang kita belajar bukan kerna nak kejar pointer yang bagus-bagus, tapi kita belajar untuk menimba ilmu bagi diaplikasikan dalam kehidupan kita masa akan datang dalam erti kata yang lain semasa kita mencari nafkah- kerja.
aq pon kena amik exam.exam kat sudah pon mula. macam baru je nak mula exam. eh rupa-rupanya exam dah abis (last paper kot pagi khamis ni) hahaha memang lawak betul. but the way aq x leh nk balik lagi, sabtu ni kene pergi AIGP, ape tu AIGP? mesti kalian pelik. meh sini aq bagi tau, AIGP tu adalah Annual Intensive Geomatic Practical. gempak tak nama dia?atau kami gelar Survey Camp, cam survivor lak rasa ,hahaha. seminggu juga la kami kena pergi. kami?? mesti la. coarsemate aq semua kena pergi kot. nak tak nak kena la pergi wajib katakan.oleh sebab itulah aq hampir 3 bln lebih x pulang ke rumah aq. rindu aq kat my family. 
 raya haji yang baru-baru ni aq x pulang ke rumah. merantau la katakan. tapi seronok juga beraya kat perantauan.(timba pengalaman). memang betul-betul banyak cabaran duduk beraya kat perantauan ni. salah satunya nak cari makanan. makanan memang penting, keperluan. takut kebulur je. tapi nasib baik la salah satu kafe kat lembaran buka. ape eh nama kafe tu. selalu makan tapi tak perasan la nama kafe tu. ni gara-gara orang selalu panggil kafe tu kafe tengah. sampai tak tau pula nama kafe tu. trimas kepada owner kafe tu.kalau tak kebulur la kami yang tak pulang ni.
abis je survey camp ni aq mahu berehat sepuas-puasnya. nak balas dendam.dendam rehat yang tak cukup.hanya tinggal beberapa hari saja nak balik. aq pon duduk sibuk menghitung hari
p/s: telaah-telaah juga, solat jangan lupa n rehat kena cukup.
Jika berminat

Tuesday, 2 November 2010

minggu ulang kaji

minggu ulang kaji sudah bermula. semua orang sudah mula membuat pecutan terakhir. aq gak tidak ketinggalan. pecutan 100 meter terakhir amat bermakna. studi, studi gak. jangan lupa nak jaga kesihatan. takut-takut semasa periksa nanti jatuh sakit. tapi aq ni ada masalah sikit, mesti nak main game. aq pon x tau nak buat macam mana.
dah macam-macam aq buat. tapi apa kan daya "game is game, so need to play it's"
semuga kalian dapat megulangkaji dengan selamat. guanakan masa dengan sebaiknya. anda mampu mengubahnya~~~@
Jika berminat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

©Hak Cipta Terpelihara 2010 - 2015 Coretan Azder
PENAFIAN: Coretan Azder tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
leijazder.blogspot.com