____________________________________
~~Selamat Datanng ke Coretan Azder~~
____________________________________
11.12.13.14.15
9690

kata si leija

Love isn't here or there, it isn't happy, sad, good or bad. Love is just Love.
Promise Less, Perform more




Monday, 1 January 2018

dua puluh tujuh belas

Januari – half marathon pertama, masa yang sangat teruk, sebab kurang berlatih
Februari- dapat jejalan ke temerloh dengan kawan- kawan sekolah
mac- potong rambut selepas hampir 16 bulan tak potong 
april- al-fatihah buat arwah adik. miss u
mei- bulan untuk recover, ambil keputusan untuk tukar kereta.
Jun- bulan cinta, selamat hari raya
julai- teruskan latihan, naik mrt 
ogos- p kenduri, ijmland run 2nd HM untuk tahun ni, buddies run injured
september- lari lagi untuk 3rd HM tahun ni, not fully recover
oktober- jam hilang, p lari 4th HM untuk tahun ni, previous injury not fully recover.
November- menculas untuk latihan. Pergi HM yang ke lima dan terakhir utk tahun ni, cuti panjang bawa mak ayah jejalan utara

disember- mulakan semula latihan, patah hati. 

dan baru sedar hampir 3 tahun dalam fasa bersedih. gembiranya hanya singgah sebentar.






.
Jika berminat

Friday, 29 December 2017

hai.

mudahkan perkataan dan kata-kata tadi. mungkin kerana teguran atau perkataan pertama kita itu boleh membuatkan perhubungan kita sampai ke jinjang pelamin atau persahabatan yang tiada penghujung. tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku kecuali Maha Pencipta kita. 

tapi kadangkala kita susah nak ungkapkan dengan kata-kata apa perasaan kita sebenarnya. mungkin barangkali sejarah lampau masih mengaburi minda kita. atau kita terlalu memikirkan yang kita tidak cukup layak untuk membahagiakan dia.

tapi
bagiku pula.
susah untuk dihuraikan.
memang dari dulu aku menjadi pendengar.
ya pendengar, pendengar masalah orang lain, suka duka orang lain.
sebab bagiku, aku akan bahagia bila orang bercerita masalah itu dapat lepaskan beban masalah. jika aku dapat memberikan jalan penyelesaian untuk sesuatu masalh itu, itu sudah menjadi satu bonus untuk si pencerita dan aku. 
munkin sifat ini sudah lama menular dalam diri sekian lama.

15hb Okt 2015


,
Jika berminat

Monday, 19 October 2015

"mati dalam hidup"

"mati dalam hidup"

mungkin agak keterlaluan kata-kata di atas.
tapi itulah yang pernah aku rasa.
aku pon tidak berapa pasti berapa lama aku berada dalam situasi tersebut.
mungkin sehari,
mungkin seminggu.
mungkin sebulan.
atau mungkin berbulan-bulan lamanya.

duduk bersendirian.
termenung sendirian.
hidup tanpa hala tuju.
minda runsing.
sukar untuk diluahkan.
bagai "mati dalam hidup"
rasa macam putus asa pon ada juga kadangkala.
sebab takut untuk berjumpa orang lain.
takut untuk berkongsi masalah.
takut untuk orang lain tahu.
dan takut akan melukakan hati orang lain. ya memang aku jenis tak pernah jaga hati sendiri

aku tahu bila dugaan yang menimpa kita perlu kuatkan diri.
tapi memang mudah untuk dibicarakan tidak mudah untuk aku laksanakan.
aku rasa itulah antara dugaan terbesar pernah aku alami.
memang besar pengalaman yang aku dapat daripada dugaan itu.

hari ini aku tekad,
tekad untuk melepaskan beban yang selama ini aku pikul.
sebab aku tahu.
tahu memang susah nak lepaskan, tapi lagi lama kita simpan lagi bertambah sakit kita nanti.
kalau boleh aku nak lepaskan terus beban yang aku pikul selama ini
beban yang membuatkan pergerakkan aku terbatas.

aku tahu apa risikonya, tapi mahu atau tidak aku kena juga berhadapan.
berhadapan dengan realiti.
i'm single









. Jika berminat

Wednesday, 31 December 2014

2014

Yeah, tahun 2014 memang aku kurang aktif dalam penulisan blog..
Mungkin entri ini entri yang pertama dan terakhir untuk tahun 2014.

Let move on to 2015.
Jika berminat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

©Hak Cipta Terpelihara 2010 - 2015 Coretan Azder
PENAFIAN: Coretan Azder tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
leijazder.blogspot.com